Kemerosotan demokrasi

Sejak s. 2010, bilangan negara yang mengautokrasi (biru) adalah lebih tinggi daripada negara yang mendemokrasikan (kuning).

Kemerosotan demokrasi, juga dikenali sebagai peautokrasian (autocratization) merupakan satu proses peralihan kerajaan ke arah autokrasi yang yang bersifat lebih menghalang penglibatan rakyat dalam pemilihan kerajaan. Kemerosotan demokrasi melibatkan keruntuhan institusi demokratik seperti peralihan kuasa secara aman, pilihan raya yang adil, pencabulan hak asasi manusia yang menegakkan demokrasi, terutamanya kebebasan bersuara.

Punca-punca kemerosotan demokrasi yang dicadangkan termasuklah kekurangan sokongan orang ramai terhadap demokrasi, ketidaksamaan ekonomi, budaya konservatif terhadap perubahan masyarakat, politik populisme atau personalisme, dan pengaruh luar daripada kuasa besar. Kemunduran juga berlaku apabila pemimpin negara mengenakan peraturan autokratik yang melampau dengan pengisytiharan darurat yang tidak setimpal dengan keadaan.

Walaupun rampasan kuasa tentera telah merosot sejak berakhirnya Perang Dingin, bentuk kemunduran yang lebih halus telah meningkat. Semasa gelombang ketiga pendemokrasian pada akhir abad ke-20, banyak demokrasi baru yang berinstitusi lemah telah ditubuhkan; rejim ini paling terdedah kepada kemunduran demokrasi. Gelombang ketiga autokrasi telah berterusan sejak 2010, apabila bilangan demokrasi liberal berada pada tahap tertinggi sepanjang masa.[15][16] Satu perempat daripada penduduk dunia hidup di bawah rejim hibrid yang mundur secara demokratik pada 2021.


© MMXXIII Rich X Search. We shall prevail. All rights reserved. Rich X Search